Sunday, June 14, 2015

Resepi - Siput Retak Seribu Masak Pedas

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..






Tuuu dia siput retak seribu masak pedas yang saya masak untuk lunch tadi.. Beli semalam di market, harga sekilo RM15.. Siput ni masih fresh dan hidup waktu saya beli.. Dah balik rumah, terus masukkan dalam bekas dan simpan dalam freezer.. Memang semua bahan basah saya akan asing siap-siap anggaran sekali masak dan simpan dalam bekas bertutup.. Baru freezer tak kotor dan busuk.. 

 

Jom tengok benda apa yang saya campak dalam resepi kali ni..



1/2 kilo siput retak seribu, direndam dalam air garam selama 30 minit..
*Untuk keluarkan selut dan kotoran..






 Bahan A

1/2 labu bawang besar
2 labu bawang putih
 7 tangkai cili padi
1 batang serai



Semua bahan di atas saya hancurkan guna chopper..





 Bahan B

 Semangkuk air
 1 biji tomato dibelah 6
2 helai daun limau purut
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
Sedikit daun sup dan juga daun bawang dipotong
Sos cili, sos tomato dan sos tiram ikut citarasa
Serbuk lada *optional

Panaskan kuali, tuang sedikit minyak masak dan tumis semua bahan A hingga kekuningan.. Kemudian masukkan semua bahan B.. Untuk kuah, masukkan air ikut sukatan dan citarasa sendiri ye.. Tunggu mendidih masukkan siput retak seribu.. Gaul sebati sampai kulit siput jadi merah, tutup api, siap!









Ni ikut citarasa saya sendiri, ada yang masak macam lain,
terpulang pada selera masing-masing..

Kalau nak cuba, sila oii silalah cuba.. (^^)

4 comments:

  1. Siput retak seribu sama tak dengan lala..sama cuma beza nama atau beza semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, ada yang cakap siput retak seribu ni sama dengan lala.. tapi setahu saya, lala yang kecil-kecil warna kelabu jumpa tepi pantai tu.. Tak tahulah kalau salah.. Cuba tengok blog di bawah, ada info tentang jenis-jenis siput..

      http://brutalsolo.blogspot.com/2011/04/semuat-tentang-siput-yang-gua-pernah.html

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian resipi nie...insyALLAH bleh la rietta cuba esok...

    PS : Salam perkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih rietta sebab sudi singgah dan komen di blog saya.. (^^)

      Saya share sebab sukaaaa sangat dengan siput retak seribu ni..senang nak masak..harap-harap adalah yang suka juga..selamat mencuba!

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...