Monday, June 15, 2015

Seaview Hotel Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kalau ke Pulau Langkawi, saya teringat masa stay di Seaview Hotel Langkawi beberapa bulan lepas.. Hotel ni memang cantik dari segi perabot dan hiasannya.. Lengkap semua kemudahan dalam bilik.. Bilik pun luas dan bersih.. Saya sukaaa sangat.. Kalau lapar malam-malam boleh singgah kedai burger sedap tepi hotel ni saja.. Tapiiiii.. err sebelum sambung tapiiii saya tu, apa kata tengok dulu gambar dalam bilik hotel ni dulu ye..






Apa kes tak tahu, selalu dapat dua katil.. 
Dah request satu katil dah masa booking..






Hairdryer pun ada..








Bilik airnya luas dan bersih..





Paling suka sebab ada cermin besar tu..





Simple saja hiasannya..





Pemandangan indah dari balkoni bilik..



Tapiiiii.. tiap-tiap malam selepas pukul 12 tengah malam, mesti dengar 'orang' ubah-ubah perabot di bilik atas.. Bilik yang saya dan suami dapat di tingkat 7.. Tiga hari dua malam kami stay di sini.. Dua malam berturut-turut dengar bunyi yang sama.. Nak kata tengah renovate, takkanlah nak renovate tengah malam membawa ke pagi pula kan..


Hairan juga saya, sebab bunyi tu sangat jelas dan akan dengar selepas 12 tengah malam sahaja.. Seram pun ada.. huhuhu.. Tapi mujurlah cuma dengar saja oiiii.. Biarlah 'orang' tu nak main ubah-ubah perabot ke, nak tukar-tukar perabot ke, saya tak kisah.. Jangan main ketuk-ketuk pintu ke, ketuk-ketuk tingkap sudah.. 


Ni pengalaman saya dan suami.. Kalau orang lain stay di sini dan tak ada apa-apa yang berlaku, ok lah.. Memang best hotel ni, cuma itulah, ada pula 'orang' rajin.. Confirm saya tak akan pilih dah hotel ni lepas ni.. huhuhu.. Minta maaf naaaaaa.. Cek seriau.. huhuhu

8 comments:

  1. Sebelum ni pun PC ada dengar kisah yang sama daripada kawan kawan PC yang kena bertugas di Langkawi..dan mereka on the spot check out sebab tak boleh tidur..dan yang kasihannya ada yang tidak sihat..adatnya kita sama sama menumpang dimuka bumi ini..sharing yang terjadang boleh jadi scaring pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu maknanya memang adalah tu..adoii hari tu mujur dia ubah2 ja..huhu memang scary!

      Delete
  2. Hi, nampak gambar awak tu, teringat pulak masa saya honeymoon dulu, pilih seaview hotel juga.. Lama da dulu.. tahun 2012. hmm tapi x pasti pulak pasal bunyi2 tuh.. aih memang seram juga la kalau dibayang- bayang.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu dia tak kacau orang yang pergi honeymoon kot..hihi..tapi confirm pangkah siap2 hotel ni..serik..

      Delete
  3. alahaiii..baru kena pergi kursus kat langkawi..and hotel nye sini..seram pulak..:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu, doa banyak-banyak moga tak ada apa-apa..

      Delete
    2. Baru je balik malam td. P kurusu bawa anak kecik.. 1 tahun 2 bulan. 2 malam dok sini baby kena gatal2 1 badan. Mulanya igtkan kena hama or pepijat..

      Bawa p klinik 2x. 1x kena inject. 1x bg ubat je..lepas kena inject tu kitorg g lepak luar. Jalan2.. elok dok luar bilik, baby aktif. Merah2 n bengkak2 tu makin hilang.. terus pk, owh mujarabnya ubat doc kasi td.

      Elok masuk bilik semula..badan baby naik rashes balik.attack mata. Perut.

      Nasib baik pg semalam tu dah hbs meeting. Terus check out pepagi. Bw baby g dataran helang.

      And amazing..once step out dr hotel..kitorg notice..rashes di badan..mata..kepala terus hilang tanpa sebarang tanda. Clean n clear gitu.

      Korang rasa?? 😣😣

      Delete
    3. 😱 Alamak! Macam sesuatu pulak. Harap anak puan sihat-sihat saja. Kalau nak stay kat mana lepas ni, elok juga kalau buka bacaan ayat Al Quran ke sekejap dalam bilik tu. Mana tau tempat yang kita stay tu macam mana kan.

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...