Tuesday, May 12, 2015

Boyfriend Kecik Darjah 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Tahu tak kecik tu apa? Maksudnya 'kecil' dalam loghat Utara.. Minggu lepas seminggu saya tak pergi sekolah sebab kena berkursus.. Hari Isnin tu cuti sempena Wesak, kursus tu start dari Selasa sampai Khamis.. Tapi Khamis cuti umum pula di Penang ni sebab mengundi, so kursus tu dibawa sampai hari Jumaat..



Sebulan sebelum tu, ada cikgu praktikal yang masuk mengajar kelas saya.. Jadinya lamalah saya tak mengajar kelas 2 Arif ni.. Tadi, saya masuk macam biasa sebab cikgu praktikal tu dah habis.. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki ni datang depangkan tangan luas-luas dekat dengan saya..



"Teacher nak pelukkkkkk.."


"Eh!!?? Nak peluk?? Kenapa?"


"Rindulah lama tak jumpa teacher.."


"Teacher bolehlah..saya nak pelukkkkkk.."



Hahahahaha saya terkejut dan ketawa saja.. Saya cakap pada dia mana boleh peluk-peluk.. Tapi dia buat muka, still cakap nak peluk juga.. Hahaha budak ni memanglah.. Of course saya tak bagi dia peluk!!! Kalau dia salam dengan saya pun dia cium tangan saya kuat-kuat sampai bunyi 'mmmuah' baru dia lepas, inikan pula nak peluk!!??



Saya cuma salam dengan murid-murid tahap 1 saja, murid-murid tahap 2 saya dah tak nak salam.. Huhuhu ramai yang buat perangai yang bukan-bukan, tulis bukan-bukan dalam FB, so lebih baik saya tak salam.. 



Budak ni dulu masa darjah 1, pernah ajak saya balik dan tidur di rumah dia, sebab nak cuti sekolah, nanti lama tak dapat jumpa.. Lepas tu dia mengaku pada cikgu disiplin yang dia suka pada saya.. Hahahaha lawak tau budak ni.. Dewasa sebelum usia..



Saya ajar abang dan kakak dia juga, dua-dua ok.. 
Yang adik ni ha, bukan main lagi.. 



Tadi sambil buat kerja (of course la dia menempek di meja saya walaupun dah warning buat di tempat sendiri), dia cakap dia masuk suratkhabar baru-baru ni.. Saya tanya betul ke, dia cakap betul sebab atoknya dapat hadiah duit dari Sinar Harian.. Saya tanya berapa banyak duit yang atok dia dapat.. Dia jawab, "Banyakkkk, RM 50, RM 50, RM 50, RM 50.." hahahaha



So, balik rumah saya pun search tengok.. Rupanya betul!!!




*Baca cerita penuh DI SINI 



*Saya pernah buat entry tentang kakak anak murid saya ni, 
boleh baca DI SINI dan juga DI SINI



Hahahaha macam-macam.. (^^)

2 comments:

  1. alahai...comel sangat... budak2 suka express apa yg dia rasa... mesti dia rasa ticer ni best sgt, tu yg dia suka kt ticer ni :-) teruskan perjuangan mendidik anak bangsa...smg Allah ganjarkan dgn keberkatan di dunia dan akhirat...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu la, memangla budak nan seorang ni mcm2.. insyaAllah selagi terdaya.. aminnn.. (^^)

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...