Sunday, July 22, 2012

Hobi Baru Bela Ikan

Assalamualaikum semua...


Dua minggu lepas, suami saya ada ajak ke kedai ikan...Dah teringin pula nak membela ikan...Bila sampai, belek punya belek, beli akuarium dan macam-macam perkakas untuk 'rumah' ikan kami tu...Tapi harga ikan agak mahal di sini...Kami beli dua ekor saja...Ikan 'MPPP' hehe ikan cuci cermin...Asyik melekat ja di cermin...


Suckermouth / Armoured Catfish a.k.a Ikan Cuci Cermin


Bila balik rumah dan siapkan akuarium ni, mulalah suami saya cadang nak tambah ikan lagi..Esoknya, cari lagi ikan comel-comel di kedai ikan di Jalan Burmah...Jumpa ikan comel-comel yang memang murah pula harganya...Hmmm kedai kecil ikan mahal, kedai besar ikan murah...

Swordtail


Black Molly


Mickey Mouse Platy


Sebab apa ikan tu dinamakan Mickey Mouse Platy? Hmm kalau diperhatikan betul-betul pada bahagian ekornya, ada bentuk macam Mickey Mouse...Cuba tengok sekali lagi...(^^)...Dibawah ni ialah istana 'Takeshi' ikan-ikan comel tu...Semuanya dalam 20 ekor jugalah....




Tenang saja bila tengok ikan tu semua berenang-renang..Pagi-pagi sebelum ke sekolah saya akan bagi makan ikan-ikan tu semua...Kalau tak sempat, suami yang akan bagi makan..Baru-baru ni ada ikan yang dah menambahkan ahli keluarganya...Harap-harap tak disedut oleh si Suckermouth tu....(^^)


4 comments:

  1. salam,
    tahniah bela ikan perhiasan.
    saya cadangkan bela ikan puyu (malay mystical fish). mmg tak hensem tp org tua2 kata ikan ni byk faedahnya. jika ada org nak pukau, pukau tak menjadi sbb ikan ni tak pernah tidoq. juga jika ada org hantar sihir, sihir akan kena ikan puyu ni dulu. juga jika ada toyol nak mencuri, toyol lupa arahan mencuri sbb leka duk main dgn ikan puyu. langsuir serta makhluk2 lain takut nak masuk rumah sbb ikan puyu akan cacakkan duri yg tajam utk fight benda2 mengarut tu.
    sekadar mengarut hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...tau semua tu tapi ikan puyu cepat buat kotor...nanti akuarium nampak tak cantik..x suka tengoklah kalo macam tu...lagipun bahaya juga bela, nanti dok belek2 tengok dia berenang, dia lompat masuk mulut..hehe..cukuplah ikan comel2 tu..

      Delete
  2. bela ikan mmg syok...tengok ikan lagi syok...tapi nk maintain air....jenuh...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu..kena rajin juga..(^^)

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...