Saturday, April 26, 2014

DIY Cara Membuat Jeruk Mempelam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Sekarang musim mempelam.. Memang kalau kita kemana-mana pun akan nampak banyak buah mempelam bergantung dan berjuntai dari pokok.. Memang terliur tau tengok.. Tapi apakan daya semua pokok orang.. Baru-baru ni saya sempat balik kampung.. Tengok buah mempelam di rumah kakak saya memang menjadi sungguh.. Apa lagi, saya dan suami 'sapu' banyak-banyak sebab nak buat jeruk..



Lebih baik buat sendiri daripada beli.. Tapi lebih baik jangan makan terus..
Ohh apakan daya.. Krikk..krikk.krikk 






Senang saja nak buat jeruk mempelam ni..



Mula-mula kena potong mempelam tu kepada dua, atau kalau dah bersabut, boleh potong-potong sekeliling buah tu saja.. Jangan sampai putus pula.. Basuh bersih dan rendamkan dalam air garam semalaman.. Boleh juga nak guna cuka.. Tapi saya tak pernah guna pun..






Esoknya, warna mempelam yang hijau tu akan bertukar jadi kekuningan.. Buang air garam semalam.. Kemudian masukkan air kosong suku balang saja.. Sementara tu boleh masak air gula hingga mendidih.. Sukatan ikut citarasa.. Tuang air gula tadi di dalam balang mempelam.. Pastikan air gula sama paras atau melepasi mempelam ok.. 







Esoknya buang air gula tu.. Jeruk dah siap.. 
Simpan jeruk di dalam peti sejuk.. Baru tahan lama..







Jemput makan..nyum nyum..(^^)

7 comments:

  1. Nak cuba nant..Kat sini pun byk buah mempelam..musim...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalau ada banyak apa salahnya cuba buat sendiri jeruk mempelam ni..(^^)

      Delete
  2. aaa...sedapnye!!!! terliur i :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi preggy tak? kalau preggy susah hati i all tau..

      Delete
  3. dah buat hri tu.
    nk beli cik abe x kasi sbb yg jual kan berasid sikit.so, gigih le buat sndiri. beli dua biji je..
    alhamdulillah dpt jga merasa.hikhik
    sbb dh lama sgt pantang..


    pssttt: pernah dgr ephyra? pernah cba..
    klau nk cba jom join GA ni. mana tau kot2 ada rezeki termasuk 30 yg bertuah..

    ada masa usha la link ni... hihi. tamat 16/5/2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi dua biji je cukup ke?

      hihi i ni jenis malas nak join GA..haha ushar je bolehlah..thanks informed k..

      Delete
  4. http://www.mialiana.com/2014/05/giveawayephyra-cantik-sihat-bertenaga.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...