Friday, May 25, 2012

Hari Guru Berhuhahuha

Assalamualaikum semua....

Ada apa-apa yang menarik tak berlaku hari ni? Harap-harap berkat Jumaat yang mulia ni banyak perkara yang menarik berlaku ya...(^^)

Hari ni di sekolah saya telah menyambut Sambutan Hari Guru....Semua murid sesi pagi dan petang berkumpul sekali....Memang meriah dengan suara budak-budak ni....Hari ni juga, murid-murid akan menyaksikan persembahan yang tak pernah mereka saksikan daripada guru-guru mereka...hehe sesi tunjuk bakat yang terpendam dan terendam....hehe

Ada 4 kumpulan semuanya yang membuat pelbagai persembahan berbeza...Memang kecohlah jadinya bila cikgu-cikgu ni mula buat show....Kumpulan pertama membuat persembahan Fashion Show....Ha melaram sakanlah semuanya....Yang jalan ala-ala model pun ada....Yang macam makcik-makcik pun ada.....Sakit perut bila macam-macam aksi yang keluar....Dah sakit pipi saya sebab terlalu banyak gelak....(^^)

Kumpulan kedua pula buat persembahan Pentomin....Ada lakonan dan juga nyanyian.....Haha baru tau ada ramai pelakon yang berbakat rupanya di sekolah kami....Kot dulu-dulu pencen jadi pelakon kot tu yang terus tukar kerjaya jadi cikgu....(^^)

Kumpulan ketiga membuat persembahan nyanyian....Dendangan lagu dipersembahkan sambil diiringi muzik...Jangan tak tahu, semua cikgu-cikgu kumpulan ni main sendiri tau alat-alat muzik....Sedap juga bunyinya....Sure murid-murid lagi kagum dengan kebolehan cikgu-cikgu sekolah ni....

Akhir sekali kumpulan keempat muncul dengan tarian ala-ala Kuch Kuch Hota Hai....Tu dia.....Siap menari ala-ala Hindustan bagai....Hehe murid-murid dan cikgu-cikgu yang lain serta warga sekolah asyik ketawa saja....Memang kecoh....

Bagusnya sebab semua cikgu dalam kumpulan masing-masing sporting dan beri kerjasama....Errr cuma adalah seorang dua yang tak nak join.....Mungkin mereka ada pendapat tersendiri.....Sepatutnya semua kenalah join sebab hari ni nak bergembira saja....

Tetapi bila majlis hampir tamat, ada insiden yang tak best berlaku dimana guru Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah, terpaksa dikejarkan ke hospital atas masalah kesihatan....Diharap beliau cepat sembuh....Aminnn....

By the way, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada anak-anak murid saya yang sudi memberikan hadiah kepada saya....Terharu sebab hadiah tahun ni lagi banyak daripada tahun lepas....Nanti saya update apa hadiah yang saya dapat di dalam entry yang seterusnya ok....





Oh sebelum terlupa...Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan murid-murid....

Jaga diri anda ok...


p/s: lupa bawa kamera so tak adalah gambar yang diambil....huhu

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...