Saturday, April 20, 2013

Resepi Bubur Nasi Tension!!!

Assalamualaikum semua..



Ha jangan terkejut tengok tajuk resepi saya kali ni..Bubur Nasi Tension!!!..Sebab apa dapat nama macam tu? Semuanya gara-gara cik Myvi oren saya kena langgar hari Jumaat kelmarinlah..Selepas balik sekolah petang tu, saya masih lagi rasa moody dan tak best..Rasa tension pun adalah juga..Rasa lapar pun ada juga..Terus terfikir nak masak bubur nasi..Teringin nak makan yang ringan-ringan saja untuk malam ni, tak nak yang susah-susah nak masak..



Tengok dalam peti ais apa yang ada, potong-potong, main campak-campak, nah jadi bubur nasi seperiuk..Bila dah masak, baru terfikir, siapa yang nak makan sampai seperiuk ni? Hmm bahaya juga kalau masak waktu otak tak berapa nak center ni..(^^)









Sambil tunggu suami saya balik, saya pun makanlah dulu semangkuk..Tapi bila dia balik, habis terus disapu licin..Habis seperiuk!! Baru saya dok berangan nak breakfast pagi esok dengan bubur ni..Chehh dia kasi licin terus..Tak apa, janji habis..Ok, kalau nak try bubur nasi tension ni, silalah rajinkan diri anda ikut resepi di bawah ni ye..Senang meh..Campak-campak saja..(^^)



Bahan-bahannya:


Serbuk lada
Halia (2 inci)
Air (4 cawan)
Beras (1/2 cawan)
Ubi kentang (1 biji)
Lobak masin (3 inci)
Bawang putih (2 ulas)
Pati ikan bilis (2 kiub)
Bawang merah (2 ulas)
Lobak merah (1 batang)
Udang kecil (+- 20 ekor)



Cara memasak:

  1. Basuh beras dan rebus dalam periuk sampai kembang.
  2. Dalam masa yang sama, potong nipis halia, bawang putih dan bawang merah..Potong dadu lobak masin, lobak merah dan ubi kentang..Buang kulit udang dan basuh bersih.
  3. Basuh bersih semua bahan dan masukkan ke dalam periuk beras yang telah kembang.
  4. Masukkan kiub pati ikan bilis dan serbuk lada..Kacau dan tunggu hingga masak.


*Boleh ditambah garam kalau nak lebih masin..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...