Thursday, May 31, 2012

Hakcipta Terpelihara Daaaaaa.....

Assalamualaikum semua....



Minta maaf pada sesiapa yang telah baca entry saya yang bertajuk 'Ajaibnya Sedekah' yang saya dah post pada hari ni.....Saya terpaksa delete entry saya walaupun dah berjela-jela saya copy paste....Nak tau sebab apa saya delete?



Tiba-tiba waktu saya nak buat entry sambungan tadi, baru saya teringat tentang 'Hakcipta Terpelihara' yang ditulis pada muka surat kedua buku ni.....Apa katanya?



"Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada PTS Millennia Sdn. Bhd."



Pangggg....saya mana ada minta izin....Huhuhu minta maaf ya tuan empunya buku....Saya tak perasan tadi....Walaupun pernah kerja di kedai buku dan biasa dengan benda-benda ni, tapi tahap pelupa makcik ni dah makin melampau.....Kalau dah terang lagi bersuluh ada hakcipta terpelihara, nak cari penyakitlah kalau nak juga sambung buat entry tentang buku ni...Hehehe tak mau kena saman tak mau.....Walaupun niat saya hanyalah nak berkongsi ilmu saja, tapi tak baik tak minta izin....Sebab dah termaktub dah dalam buku tu.....



So, moral of the story hari ni ialah, sekiranya anda nak menulis entry tentang apa-apa pun, kena ingat akan hakcipta eksklusif tuan empunya material tu ok.....Pandailah nak nasihat orang, sedangkan diri sendiri pun buat silap....huhu sharing is caring....(^^)



Kalau dah tak boleh buat entry tentang buku tu lagi, saya hanya mampu nak kongsi cover buku ni dan pandai-pandailah anda p cari di kedai-kedai buku....Rugi juga rasanya kalau tak beli dan baca sebabnya persoalan tentang sedekah ni nampak macam remeh tapi sebenarnya ramai yang keliru.....Ok tak boleh nak ulas lebih-lebih, kena beli dan baca serta fahamkan sendiri.....






Ni bukunya, tajuk 'Ajaibnya Sedekah, Semakin Bersedekah Semakin Kaya' tulisan Muhammad Muhyidin....Harganya cuma RM 11.90 di Semenanjung dan RM 13.90 di Sabah dan Sarawak....Keluaran PTS Millennia Sdn. Bhd dan buku yang saya ada ni dah diulang cetak kali yang kesebelas pada tahun 2012....



Silalah tambah ilmu di dada.....

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...memang niat just nak share saja and promo secara tak langsung....

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...