Monday, June 25, 2012

Apa Maksud Seashells?

Assalamualaikum semua....


Hari ni di sekolah saya, diadakan sukantara...Maklumlah hari Sabtu ni nak diadakan sukan tahunan dah...So, minggu ni sibuk dengan segala persiapan...Semua guru dan murid terlibat...Selepas perhimpunan rasmi, acara diteruskan sampai pukul 10.30 pagi...Selepas tu sambung belajar macam biasa...


Hmm budak-budak pun dah 'wangi sangat-sangat' dah waktu ni (^^)...Saya cuma tinggal satu kelas saja lagi sebelum balik...So, saya pun masuk ke kelas pada pukul 12.20 tengah hari sampai 1.20 petang...Kelas last sekali tahun 4, ajar BI...


Hari ni dah plan nak buat vocabulary dengan budak-budak tu...Dengan sisa-sisa semangat nak mengajar yang ada, (hehe dah berpanas tadi di padang, cikgu pun dah 'wangi'...kuikuikui...Rasa tak selesalah) saya pun tulis beberapa perkataan di whiteboard...


Murid kena cari maksud dulu (huhu kelas belakang, lack of ability to read and write...Especially in English, so, sayalah yang kena tolong bagi maksud) kemudian saya bagi word puzzle untuk dicari perkataan-perkataan tu semua...Salah satunya ialah 'seashells'....Bila saya tanya apa maksud seashells, ada seorang murid lelaki angkat tangan...Dengan muka confident dia menjawab....


"Ala saya tau...Saya pernah nampak...."


Saya ingat dia dah nak bagi jawapan yang betullah sebab rumah dia dekat dengan pantai....Mana tahu kot-kot dia memang dah tahu maksud seashells tu apa....Sekali dia jawab macam ni daaaa.....


"Saya tau, Shell ada, Petronas ada, Mobil ada, Caltex pun ada teacher....."




vs






Adehhh...terus rasa nak pitam! Tadi berpanas di padang pun tak rasa macam nak pitam...Itu semua nama stesen minyak cek oiiii...Hmm nak gelak tak gelak sama banyak saja...Betul juga jawapan dia...Memang ada...Tapi bila diterangkan maksud sebenar barulah dia pun tergelak sama....


Sabaq sajalah budak oiiii....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...