Tuesday, June 19, 2012

CPT Cambridge Test For English Teachers

Assalamualaikum semua...


Lama tak update blog saya ni...Macam-macam hal kena buat sejak dua menjak ni...Terpaksa lupakan blog saya ni sekejap....


Ok pernah dengar tak tentang CPT Cambridge Test? Saya pun baru dua tiga hari ni saja tahu tentang test ni....Semua guru BI di sekolah di Malaysia kena ambil ujian ni....Sebabnya, nak menentukan kursus yang bersesuaian dengan keperluan MBMMBI yang dilaksanakan sekarang....So, kami semua 'bertuah' hari ni sebab kena ambil test ni tadi..huhuhu.


Kami semua guna laptop sendiri saja dan perlu ada headphone....Tapi elok saja saya sampai di rumah lepas balik sekolah tadi, terus headphone saya patah! Chehhh....mujur sempat guna masa test tadi....




Test ni ada reading dan listening....Kena ada token sebelum ambil test ni ok...Semua soalan tak sama dengan soalan yang dijawab oleh orang lain...So, kalau duduk sebelah-sebelah pun tak dapatlah nak guna toyol untuk meniru...hehehe


Lagipun, masa menjawab 30 minit sahaja....Tak pasti berapa soalan tadi...Semua soalan mesti dijawab, kalau tak, soalan seterusnya tidak dipaparkan....Mengikut maklumat, sekarang dah fasa kedua....


PELAKSANAAN FASA 1 : (7 – 10 MEI 2012)
Kedah, Kelantan, WP KL dan Melaka.

FASA 2 :

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Putrajaya dan Negeri sembilan.

FASA 3 :

Johor, Pahang, Terengganu, WP Labuan, Sabah dan Sarawak.


Untuk rujukan, klik di sini:





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...