Friday, June 8, 2012

Jiran Saya Orang Atau Pontianak?

Assalamualaikum semua....

Sila baca hingga habis....(^^)

 


Selama hampir empat tahun saya tinggal dengan keluarga suami saya di Pulau Pinang ni, saya rasa suasana kejiranan di sini agak privacy....Kawasan taman perumahan ni terdiri daripada pelbagai kaum....Ada Melayu, ada Cina dan ada juga India.....Ohh warganegara lain pun ada jugalah.....Sebab ramai warga Myanmar dan Indonesia dan apa-apa lagilah, lalu ramai-ramai depan rumah setiap hari Rabu, sebab ada pasar malam tak jauh daripada rumah kami.....(Kami merujuk pada saya, suami dan keluarga suami....)


Tetapi sejak kebelakangan ni, saya rasa terganggu dengan kehadiran jiran kami yang baru berpindah ke sini....Rumahnya berhadapan rumah kami tetapi di seberang jalan....Sejak mereka berpindah ke sini, suasana yang aman dan senyap sunyi tadi dah bertukar jadi macam.....Err macam apa ya nak digambarkan....Hmmmm macam di pasar malam atau di sekolah atau di hutan atau apa ya.....Hehehe jangan panik, jiran saya adalah manusia.....Bukannya pontianak ok....


Sebab apa saya tanya jiran saya orang atau pontianak? Sebabnya ada saja adegan terjerit-jerit, terpekik-terlolong, mengilai-ngilai tak kira siang atau malam.....Kadang-kadang pagi-pagi lagi dah bunyi....Dengar si ibu agaknya kot menjerit dan jerkah pada anak-anak.....Dan budak tu akan menangis menjerit-jerit meraung-raung dalam tempoh yang lama.........


Aduhh tension pula saya dengar....Yang paling tension sekali, selepas balik sekolah, sampai saja di pintu pagar rumah saya dah dengar kecoh-kecoh bising-bising di rumah tu macam ada pergaduhan saja.....Padahal dah kebiasaannya mereka berkomunikasi macam tu.....Adehh nak kata pekak takut marah pula, tapi memang macam orang yang ada masalah pendengaran pun bila asyik terjerit-jerit kalau bercakap....


Jiran saya buat Nursery jaga budak-budak di sebelah rumah saja, memanglah bising budak-budak seronok main....Tapi saya boleh terima lagi sebab budak-budak, biasalah overexcited dengan apa-apa pun....Yang geram bila orang tua yang dah lama hidup ni yang tak sedar diri....Pantang betul saya dengar orang terjerit-jerit mengilai-ngilai macam pontianak ni....Bukan tak boleh seronok-seronok dalam rumah sendiri, tapi kenalah ingat kita hidup berjiran.....


Hormatlah sikit dengan orang lain....Cuba belajar hidup secara bermasyarakat, bukan hidup pentingkan diri sahaja....Sebab tu saya hairan, jiran saya ni orang ke pontianak, sebab dah lebih kurang saja gayanya.....Macam-macam......

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...